Saturday, January 19, 2013

Anekdot Ulama 49: Gambar-Gambar Maulana





Maulana Anwar Shah Kashmiri, taqrir syarah Bukhari Fadhl al Bari, muhadith kebanggaan Darul Uloom Deoband. Tak tahu sejauh mana kebenaran photo ini.


Maulana Ashraf Ali Thanawi, ulama paling masyhur di benua kecil India. 
Inilah gambar yg melata di kedai2 gambar Deoband.


Maulana Ghulamullah Khan, mufasir Quran Pakistan. Silsilah mereka yang belajar daurah Tafsir spt maulana abdul hadi dlm basooir





Maulana Hamidudin Farahi (1863–1930 , pengasas Darul Musannifin Shibli Academy, seorang yang masyhur dalam bidang tafsir terutama menyentuh bab coherence. Peminat setia ilmunya ialah Prof. Israr UIA. 

Maulana Anzar Shah Kashmiri, anak Maulana Anwar Shah Kasmiri, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.




Maulana Husen Ahmad Madani sezaman dengan Maulana Anwar Shah Kashmiri, muhadith yang agak lama mengajar di Darul Uloom Deoband. kebanyakan pelajar Malaysia zaman dahulu sempat belajar dengannya termasuklah TGNA Menteri besar Kelantan.

Maulana Asad Madani  anak kpd maulana Husein Ahmad Madani. Seorg politikus yg banyak menghabiskan masa mempertahankan kebajikan umat Islam di India. Semasa hayatnya  dan sepanjang pengajian saya di sana  beliau menjadi penaung kpd Darul Uloom deoband dan Jamiat Ulama Hind. Meninggal dunia  6 Feb 2006 dalam usia 78 tahun. 


Maulana Marghuburahman, guru besar Darul Uloom daripada awal pengajian saya sehinggalah saya tamat belajar 15 tahun. Meninggal 8 Dec 2010 dalam usia 96 tahun.


Maulana Nasir Ahmad Khan, guru Bukhari saya, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul Uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia. Meninggal pd 4 Feb 2010 pada usia 92 tahun.


Mufti Zafirudin Miftahi, salah seorang mufti Darul Uloom semasa saya berada di sana. Beliau bertangungjawab mengumpulkan fatwa Darul Uloom Deoband dalam bentuk kitab fatwa. Beliau meninggal pada 31 march 2011.

Maulana Nikmatullah Azami, guru Abu Daud dan tafsir Baidhawi saya


Maulana Qari Usman Mansupuri, guru saya mengajar kitab Muwatta Malik


Maulana Muhammad Salim Qasimi anak guru besar Darul Uloom yg paling lama dan terkenal Maulana Qari Tayyib, juga orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Darul uloom Deoband semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.



Maulana Khurshid Alam Sheikhul Hadith Darul uloom Deoband wakaf. Meninggal pada 7/2/2012 dlm usia antara 78-80. Saya saban hari melihatnya berulang aling mengajar di Darul Uloom Waqaf drp zaman di masjid Jamek hinggalah bangunan baru di Eid Gah. Beliau adalah rakan seangkatan dengan TG Nik Abdul Aziz Nik Mat semasa belajar di deoband dahulu dan guru kepada Ustz Nik Muhammad Abduh.

Maulana Salman An Nadwi seorang yang fasih bertutur dan berpidato dalam bahasa Arab, guru di Darul Uloom Nadwatul Ulama. Emaknya adalah sepupu kepada Maulana Abul hasan Ali An Nadawi, tokoh pemikir Islam yang tidak asing



Maulana Syabbir Ahmad Usmani, pengarang kitab syarah hadith Muslim, Fath Al Mulhim




Maulana Taqi Usmani pengarang kitab syarah hadith Muslim, Takmilah Fath Al Mulhim, tesis yang sedang ditulis oleh isteri saya Zunaidah Marzuki. Kami pernah bertemu di Kuala Lumpur disebuah  apartmen milik orang Pakistan ketika Sheikh dtg menghadiri seminar keewangan Islam.



Maulana Muhammad Yunus Jaunpuri Mazahiri Saharanpuri, muhadith India terkini, orang yang pernah saya pertemukan Datuk Dr Asri Zainal Abidin dan Dr Sayuthi dengannya semasa melawat Mazahir uloom Saharanpur semasa zaman pelajar mereka sebagai calon PHD di uia.

maulana Zakariya Kandahlawi yang banyak mengarang kitab hadith



Maulana Mufti Syafi` pengarang tafsir Maariful Quran ayahanda Maulana Taqi Usmani pengarang syarah hadith Takmilah Fath Al Mulhim, syarah Muslim.


Maulana Abdul Khaliq Madrasi guru kitab Syamail Tirmizi atau Shamail Muhammadiah saya




Maulana Riyasat Ali Bijnori duduk, tiga dari kiri adalah guru kitab Ibnu Majah saya.

Maulana Umbaidillah Sindhi, pejuang kemerdekaan India, guru kepada pelajar Malaysia yang dikatakan membawa aliran Shah Waliyullah Dehlawi di Kelantan suatu ketika dahulu (kaum muda).http://basooir.com/


Maulana Shibli Nu`mani


Maulana Syed Sulaiman Nadwi (tengah)
Maulana Syed Sulaiman Nadwi



Mufti Hilalurahman berkopiah putih duduk pertama dalam gambar adalah
cucu kpd Mufti Azizurahman, mufti pertama Darul uloom. Beliau menjadi mufti di Punjab India. Saya kerap berjumpa dengannya kerana rumah sewa saya duduk kepunyaan keluarganya.

Pertama dari kiri Maulana Mufti  Abul Qasim Nu`mani ahli lembaga syura Darul uloom ketika saya berada di sana. Kini menjadi rektor Darul Uloom. Hujung sekali berkaca mata Maulana Mufti Salman cucu kepada Maulana Husein Ahmad Madani. Pernah mengajar di Darul Uloom ketika saya belajar di sana. Kemudian mengajar di madrasah Sahi Muradabad.

Maulana Naem, bekas Sheikhul Hadith Darul Uloom Waqf. Guru yang sangat baik 
hubungannya dengan pelajar Malaysia. Meninggal di Chicago 23 Ogos 2007 dlm usia 92 tahun.
 Almarhum disemadikan di Chicago.

Friday, January 18, 2013

Anekdot Ulama 48: Amalan Sheikhul Hind di Penjara

Sheikhul Hind Maulana Mahmud Hasan adalah pelajar sulung Darul Uloom Deoband sehinggalah beliau bertugas menjadi guru dan Sheikhul Hadith di Darul Uloom. Beliau juga menjadi salah seorang pejuang menuntut kemerdekaan India daripada tangan British.  Pada tahun 1916 Maulana ditangkap dan pada tanggal 15hb Feb. 1917 Maulana dihantar ke Pulau Malta oleh pihak British kerana dituduh melakukan konspirasi untuk menghalau British dari India. Pulau Malta diumpamakan sebagai Guatanamo di zaman sekarang. Sepatutnya beliau ke tali gantung tetapi kerana tak cukup bukti dia dihantar ke penjara Malta bersama dengan banduan-banduan lain dari serata dunia. Kebanyakan mereka orang German diikuti Austria,  Bulgharia, Turki, Mesir, Syria dan lain-lain.

Beliau dipenjara di Pulau Malta selama 3 tahun. Yang anehnya Maulana tetap dengan amalan rutinnya walaupun berada dalam suasana penjara. Maulana tidak pernah cuai. Maulana tetap dengan amalan yang dikatakan istaqamah. Antara amalan Maulana dalam penjara ialah:
  1. Membaca Quran lebih kurang 10 juz sehari.
  2. Membaca kitab Tirmizi, Mishkat dan Tafsir Jalalin. Kitab2 ini dibawa oleh beliau bersama.
  3. Mengajar kitab kepada seorang pelajar bernama Wahid Ahmad.
  4. Menterjemahkan Al Quran ke dalam bahasa Urdu. Terjemahannya pernah dicetak oleh kerajaan Saudi.
  5.  Bertahajud setiap malam walaupun di musim sejuk. Maulana seorang yang tidak tahan sejuk kerana tubuhnya yang kurus. Namun dia tetap bangun untuk solat.
  6. Maulana tetap berwuduk walaupun terpaksa berkali-kali mengambilnya di musim sejuk kerana selalu  buang air kecil kerana tidak tahan dengan kesejukan.
  7. Selepas tahajud Maulana akan berzikir secara perlahan dan melakukan muraqabah.
  8. Solat subuh berjemaah.
  9. Bersila di sejadah sehinggalah waktu ishraq.
  10. Kemudian membaca Quran.
  11. Beliau menghabiskan masa begini sehinggalah jam 10 malam. Kemudian tidur untuk bangun bertahajud.
(Ulama -i- Haq aur Unke mujaahadaanah Kaarnaame, v1, p160)


Monday, January 14, 2013

Anekdot Ulama 47: Maulana Qasim Nanutawi

Pengasas Darul Uloom Maulana Qasim Nanutawi belajar ilmu hadith dengan Shah Abdul Ghani Mujaddidi Dehlawi dan tamat daurah hadith pada tahun 1849 ketika berumur 17 tahun. Pekerjaan pertama yg dilakukan oleh beliau ialah menjadi editor kpd Sahih Bukhari yg baru hendak dicetak oleh Muhaddith Maulana Ahmad Ali Saharanpuri dibawah percetakan Ahmadi miliknya. Waktu itu naskhah kitab Bukhari sukar didapati. Yang ada hanya dalam bentuk tulisan tangan. Pemilihan beliau sebagai editor sudah tentu mendapat rungutan drp ramai orang kerana umurnya yg masih muda tetapi Maulana Ahmad Ali mengetahui kedudukan ilmu dan keupayaan Maulana Nanutawi melakukan pekerjaan tersebut terutama dalam menyempurnakan hasiyah yang telah ditinggalkan oleh Maulana Ahmad sendiri kerana kesibukannya.

Sebelum itu Maulana Qasim hanya tinggal di rumah setelah habis belajar. Dia tidak bekerja. Ayahnya sangat rungsing kerana dialah satu-satunya anak lelaki yang diharapkan dapat membantu keluarga. Begitulah harapan ayahnya yang sebelum ini telah menghantar Maulana untuk belajar di kolej di Delhi. Setelah lama belajar di situ akhirnya Maulana meninggalkan kolej tersebut tanpa mengambil peperiksaan walaupun beliau adalah pelajar yang paling cerdas dan gemilang di situ. Walaupun belajar subjek kolej tetapi Maulana tetap belajar kitab agama dengan Maulana Mamluk yang menjaganya di kolej tersebut. 

Ayahnya mengadu hal Maulana Qasim kepada Maulana Imdadullah yang dianggap  sebagai sheikh dan pakar rujuk rohani pada waktu itu. Dikatakan Maulana Imdadullah Muhajir Makki tersenyum lebar dan mengatakan orang yang tidak bekerja ini akan menjadi terkenal dan akan memiliki ramai pembantu yang akan bekerja membantunya. Namanya akan dipsebut-sebut dan dijulang-julang. Allah akan memberikan pekerjaan kpdnya di mana orang gajinya akan bertambah dari sehari ke sehari.

(Maulana Qasim Nanutawi Hayat aur Karname) http://basooir.com/

Tuesday, January 8, 2013

Anekdot Ulama 46: Maulana Yunus Jaunpuri

Nama Penuh:

  • Muhammad Yunus


Tarikh Lahir:

  • 7 pagi, Sabtu, 25 Rejab 1355H/2 Okt 1937


Pengajian:

  • umur 5 tahun 10 bulan  ibu meninggal
  • tinggal dengn nenek
  • umur 6,7 tahun belajar di maktab (kelas utk kanak2) yg jauhnya 1.5 batu berjalan kaki.
  • primary school di kg sehingga darjah 2. Darjah 3 di sekolah lain di Mani Kalan. Sehingga darjah 3 sahaja
  • 2 tahun tidak belajar selepas itu.
  • umur 13 tahun belajar di madrasah Ziaul Ulum. Kelas Parsi sehinggalah kelas Arab sampai pengajian kitab Mukhtasar Maani (balaghah), Maqamat Hariri (adabul arabi), Syarah Wiqayah (fekah), Nur Anwar (usul fekah)
  • kebanyakan kitab belajar daripada Maulana Ziaul Haq. Syarah Jami (nahu) dgn Maulana Abdul Halim. Kerana selalu sakit tidak dpt menamatkan kitab.
  • Syawal 1377H  memulakan pengajian di Mazahir Ulum Saharanpur. Memulakan pengajian dengan kitab Jalalin (tafsir), Hidayah jilid 1 & 2 (fekah), Mibzi (falsafah). Tahun berikut kitab Baidhawi (tafsir), Sullam (mantik), Hidayah jilid 3 (fekah) dan Mishkat (hadis.
  • Syawal 1379H-Syaban 1380H Daurah Hadis. Mendapat tempat pertama.
  • Tahun berikut kitab Hidayag jilid 4 (fekah), Sadra, Shams Bazighah, Iqlidas, Khulasah Hisab, Dur Mukhtar


Mengajar Kitab:

  • Syawwal 1381H dilantik sebagai pembantu pensyarah (muin mudarris). Gaji 7 rupee sebulan disamping bantuan makanan madrasah sebagai pelajar juga.
  • Kitab yg diajar Syarah Wiqayah (fekah), Qutubi (mantik)
  • tahun berikut mengajar kitab yg sama. Gaji 10 rupee.
  • tahun berikutnya 30 rupee tanpa bantuan makanan madrasah. Kitab yg diajar Maqamat (adabul arabi) dan Qutubi (mantik).
  • tahun berikutnya (tahun ke 4) syawwal 1384H mengajar kitab Hidayah 1 &2 (fekah), Qutubi (mantik), Usul Syashi (usul fekah).
  • Tahun ini juga 1384H bulan Zul Hijjah mula mengajar kitab Mishkat (hadis) kerana maulana Amir Ahmad meninggal dunia.
  • tahun berikutnya  syawal 1385H mengajar kitab Mukhtasar Maani (balaghah), Qutubi (mantik), Sayarh Wiqayah (fekah), Mishkat (hadis).
  • Syawal 1386H mengajar Abu Daud, Nasai, Nurul Anwar (usul fekah).
  • Syawal 1387H  mengajar kitab hadis Muslim, Nasai, ibnu Majah, Muwatta Malik, Muwatta Muhammad.
  • Syawal 1388H mengajar Bukhari, Muslim dan Hidayah 3 (fekah).
  • Tahun-tahun berikutnya Bukhari dan kitab-kitab lain.


Guru Hadis

  • Maulana Zakariya Kandahlawi- Kitab Bukhari
  • Maulana Manzur Ahmad Khan- Kitab Muslim
  • Maulana Asa`dullah- Abu Daud
  • Maulana Amir Ahmad- Nasai dan Tirmizi


Spiritual Guru

  • Berbaiah dgn Maulana Zakariya Kandahlawi.


Status Perkahwinan

  • Tidak Berkahwin kerana masalah kesihatan. Selalu sakit semenjak kecil.

http://basooir.com/






-