Saturday, March 31, 2012

Buku: Tabsire

Buku "Tabsire" ditulis dalam bahasa Urdu. Buku ini mengandungi kupasan terhadap lebih daripada 300 buah buku hasil pembacaan Maulana Taqi Usmani. Mulanya ia dikeluarkan dalam ruangan yang khusus dalam majalah "Al Balagah" keluaran Madrasah Darul Uloom Karachi, tempat Maulana Taqi mengajar. Kemudian artikel2 Maulana Taqi itu dikumpulkan oleh Maulana Muhammad Hanif Khalid dan diterbitkan dalam bentuk buku yang diberi jodol "Tabsire". Seperti yang diberitahu oleh Maulana Taqi dalam muqaddimah buku "Tabsire" beliau sedaya mungkin akan membaca sehingga habis buku-buku yg akan dibuat kupasan. Buku ini diharapkan dapat menjadi daya penggalak kepada pembaca untuk menjadikan kegiatan membaca sebagai sebahagian daripada aktiviti kehidupan seperti Maulana Taqi yang walaupun begitu sibuk dengan aktiviti dalam dan luar negara tetap menjadikan buku sebagai sumber untuk menambahkan ilmu pengetahuan.

Sunday, March 11, 2012

Madrasah Nurul Iman, Kg Jiah Kemboja

Semalam saya menerima tetamu dari Kemboja, Ustaz Idris. Beliau pernah menuntut di Kelantan selama 8 tahun. Pendidikan tertinggi beliau capai di Malaysia ialah tamat Pondok Moden di Kelantan. Selepas itu beliau pulang untuk menghidupkan madrasah di Kg Jiah yang terbengkalai sekian lama. Pertama kali Ustaz Idris dtg ke rumah saya ialah pada bulan puasa tahun lepas. Saya membawanya ke mana sahaja tempat saya mengajar utk tujuan mengumpulkan dana madrasah beliau itu. Saya mengetahui menghidupkan madrasah adalah satu usaha yg mulia. Ia memerlukan jerih penat yg hanya mengharapkan ganjaran daripada Allah semata-mata. Apa yg diusahakan hanya utk keselesaan murid utk belajar ilmu agama.

Begitulah ulama-ulama Deoband di India. Di samping mengajar mereka juga mencari dana utk madrasah. Mereka akan pastikan pelajar belajar secara percuma, tempat tinggal percuma, makan percuma dan kitab percuma. Kerja yg sebegini memerlukan keikhlasan yg tinggi. Murid-murid dianggap sebagai anak sendiri yg tidak akan dialpakan ttg kebajikannya. Apatah lagi kebajikan menimba ilmu Allah dan RasulNya.

Kepada pembaca blog ini bolehlah berbuat sesuatu utk membantu usaha murni Ustaz Idris dan sahabat-sahabat beliau menghidupkan pengajian di Madarasah Nurul Iman. Semoga usaha kita akan menjadi bekalan utk kita di hari akhirat. Ustaz Idris akan berada di KL sehingga 21/3/2012. Dia akan menetap di rumah saya sepanjang berada di KL. Sepanjang pertanyaan bolehlah menghubungi beliau sendiri di talian 017-945 4608.











t.